DANA / TABUNG KEBAJIKAN

  1. Kategori Dana

 

     Dana “TAF” dipecahkan kepada 2 kategori :

  • Duit zakat

  • Duit bukan zakat.

 

  1. Sumber Dana

 

     Duit-duit ini dikumpul melalui sumber berikut;

  • Sumbangan dari ahli-ahli

  • Sumbangan dari bukan ahli ( pesara, warga kerja FAMA / sekutunya, pelanggan dll)

  • Sumbangan FAMA dan anak2 syarikatnya

  • Peruntukan dalaman persatuan

  • Aktiviti kutipan amal

 

 

 

 2.  Kaedah Pemprosesan dan Pengagihan Sumbangan

  • Calun-calun penerima dikumpulkan melalui ;

    • senarai yang dikemukakan oleh FAMA negeri,

    • senarai diperoleh dari ibu pejabat FAMA,

    • Permohonan dari calun

    • Risikan dari Biro atau AJK atau ahli atau pesara

 

  • Maklumat yang diterima perlu disahkan melalui rekod peribadi dalam HRMIS, rekod pencen di KWAP, lawatan kasih kelapangan oleh Biro/ AJK / wakil nya

  • Profail calun-calun ini perlu disimpan oleh Biro dan dikemaskini dari masa kesemasa untuk digunakan dalam membuat keputusan jumlah kelayakan agihan.

  • Permohonan penggunaan duit tabung untuk program/aktiviti kebajikan lain perlulah dibawa untuk pertimbangan dan kelulusan AJK Persatuan.

  • Semua agihan dibuat dari akaun ‘tabung kebajikan’ persatuan dibawah pentadbiran Bendahari Persatuan dengan Kerjasama AJK dilantik.

  • Pengesahan penerimaan sumbangan adalah melalui rekod penerimaan akaun penerima sahaja/ rekod pemindahan keakaun penerima.  Dimana sesuai, rekod penerimaan yang lengkap di tandatangani boleh diguna pakai.

  • Rekod penerimaan sumbangan; Tarikh, penerima, nilai agihan , no akaun bank, no kad pengenalan, no talipon dan alamat dll yang sesuai perlu  dibentangkan oleh BIRO dalam mesyuarat AJK persatuan untuk makluman dan pengesahan.

               

   

 

     PENERIMA SUMBANGAN

 

     Penerima yang layak menerima sumbangan dari tabung ini adalah;

 

  • Ahli Persatuan

  • Pesara FAMA

  • Balu kepada Pesara FAMA

  • Anak-anak pesara FAMA

Dollar Sign